Hari Sabtu lepas mencuba resepi Udang Mentega neh...rasa boleh tahan...nex time boleh cuba lagi..
Bahan2 nya:
Udang sederhana besar
200g Butter
3 ulas bawang putih
10 biji cili api (letak ikut suka)
Daun Kari (suka hati jer taruk, nak byk bubuh lebih)
Garam, Gula, lada hitam
3 biji kuning telur (taruk lebih kalo nak banyak)
Cara nak buat:
1.Panaskan sedikit butter dalam empat sudu. Pastu masukkan bawabg putih yg dah dihiris. Masukkan sekali hirisan cili api & daun kari.
2. Masukkan udang...golek2kan dalam kuali, masukkan lada hitam, garam & gula (ikut suka).
3. Lepas udang dah garing, toskan & masukkan pinggan.
4. Lebuhan butter dlm kuali, tambah lagi butter sebab nak goreng telur kuning. Sebelum tu, letak sedikit garaam dan lada hitam dalam telur kuning dan pukul sampai kembang. Bila minyak dah panas, masukkan telur dan kacau biar jadi sarang...
5. Toskan kuning telur & bubuh atas udang yg dah dlm pinggan tadi.
6. Apa lg...lepas kemas2 dapur...bolehlah makan sementara panas2 neh...eeemmmm sedap tau...
Tara...nilah hasilnyer setelah sekian lama nak mencuba... pasni dah tak yah nak oder2 kat kedai pasal dah pandai buat sendirikan.. Cuma Baba request udang tu siap2 kupas kulit dia..biasa la..baba kan malas nak susah2 bila nak makan...terpaksala isteri kesayangan dia kupaskan satu2....
Cubaan pertama walaupon sarang dia tak berapa panjang2. Mungkin butter tu kene letak banyak masa nak goreng kuning telur tu...takper next time perbaiki lg...
No comments:
Post a Comment