Sunday 20 November 2011

Percutian @ Cameron Highland 19/11/2011

Bermulanya cuti sekolah akhir tahun 2011. Percutian yang tak berapa nak dirancang. Awalnya baba ajak gi Tapah, umah sapa lg kalo bukan rumah Ummi. Rumah besar ummi yg kitorang tak pernah sampai walaupon diorang dah pindah lebih dari setahun..hehehe...Pas tu bleh plak ajak gi Cameron skali. Apa lagi.. mama kalo orang dah ajak, On jer. Sebelum tu ada gak mama ajak2 baba nak gi Cameron Highland ni tapi baba kata tunggu.... kene tunggu sampai bila tak tau ler. Last2 jom cameron...mama pon JOMMMMM...

Kami sekeluarga bertolak gi Tapah mlm 18/11. Ajak sekali atuk & nenek Alma Aiman, tak ketinggalan gan Cik Fatin yg sentiasa nak ngempeng ngan nenek. Mana bolehkan Cik fatin tak ikut. Walaupon sempit skit kat belakang kereta tu...takper janji sampai.

Pagi2 Sabtu tu kitorang bertolak naik Cameron ikut jalan lama. Jalan yg bengkok2 n sempit. Huishhh..ngeri gak tengok jalan tuh..ada kesan2 tanah runtuh lagi..jalan runtuh pon ada...takut u.. Baba bawak slow jer..jln pon tak banyak kereta..so seronok jer..
Kebetulan masa kitorang pegi ni..musim hujan, jalan licin so kene berhati lebih...Alhamdulillah perjalanan selamat pergi & balik.

Sampai kat sana wah...diorang teruja tengok ladang teh..mama pon sama..maklumlah last gi sini masa Aiman umur setahun lebih...plak tu atuk tak ikut masa gi sana dulu..katanyer dah lebih 30 tahun tak gi sana... teruja gak atuk kat sana..gembira dapat tunaikan impian atuk Aiman nak naik Cameron.

Banyak tempat2 menarik kat sana yg kitorang lawat..nak citer semua tak abis2 plak nanti. Ladang teh, Ladang strawberry, Cactus Farm, Pasor2 jual sayur yg fresh2...dll. Aiman tak lepaskan peluang amik pengalaman petik sendiri Strawberry..biar dia rasa sendiri cammana. Siap tu petik buah tomato yg comel ngan cik Fatin..kenyang makan tomato comel tu..sip baik tukang kebun tu baik hati bagi diorang petik pastu makan.

Peace dr Cik Fatin.. sejuk sgt ker Aiman.. Alma cam takut jer kat atuk...


Belakang tu ladang teh..ni kat Boh tea centre

ladang teh yg menghijau..sangat tenang...
Seronoknyer dapat petik sendiri buah strawberry..


pilih jer..nanti baba bayar....

Minum dulu kat Cameron Valley sebelum balik..
Kitorang balik hari jer pegi sini..memang tak nak tido. Kita tido kat umah Ummi jer..Terima Kasih buat ummi sekeluarga di atas percutian ni...tempat menginap & makan2 tu yer... Next time kalo diizinkan...kita gi lagi Cameron...tempat yg tenang & damai...

Friday 18 November 2011

Doa makan



Hari ni 9hb Nov 2011, dengan umurnya yg baru 2thn 6bln, Alma berjaya membaca doa makan sendiri. Mama sgt dterkejut pada mulanya. Maklumlah selalu dia pelat jer bacaannya. Bacaan penuh plak tu...Wah berkat bacaan selalu kat school ler tu. Abg Aiman selaku pembaca doa makan setiap hari juga menyumbang cepatnya Alma mengingat doa makan. Tu pon masa nak minum susu dia baca doa makan. Cepat jugak dia ingatkan...budak2 mmg cam tu..mudah sgt mengingat...

Tuesday 15 November 2011

KONVO AIMAN 12/11/2011@ Taska Sarjana Pintar

Aiman dah berjaya melengkapkan usia 6 tahunnya di Taska Sarjana Pintar Seksyen 6. Pada 12/11/2011 telah diadakan majlis konvokesyen dengan meria sekali. Tidak ketinggalan banyak persembahan juga disetai oleh Aiman..

Alma pon gitu juga. Walaupon belum lagi konvo, Alma turut memeriahkan majlis konvo abangnya dengan membuat persembahan ala2 bollywood.

sukanya dia...ceria sgt...


anak kebanggaan mama & baba...

aiman & kengkawan..

Wednesday 9 November 2011

EMAS

Kenapa emas? Emas merupakan wang yg paling stabil di dunia.Cuba anda fikir, emas boleh disimpan sedikit demi sedikit dan digunakan sedikit demi sedikit juga jika memerlukanya dan mampu dimiliki walaupun hanya 1 gram.

Mari kita renungkan:
Menyimpan emas lebih baik untuk jangka panjang berbanding menyimpan wang kertas.

Apa Keistimewaan Emas?
1. Bernilai tinggi kerana rupanya yg cantik. Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
2. Diiktiraf diseluruh dunia sebagai benda yg berharga.
3. Bernilai utk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4. Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya.
5. Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi.
6. Mudah utk menukarkan kepada duit.
7. Simpanan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.

Mengambil ungkapan " Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan seta merta tetapi ia boleh mengelakkan anda terus miskin"